Pages

Sunday 4 December 2011

cats! (>^.^<)

:D
assalamualaikum.. .
korang2,kite ade bela kucing tau. ..bykjgklah
tp slh seekornye buncit namenye.cute sgt2.die ske makan ayam.haha^_^
ape2pun,sentuh bab kucing ni,mesti terfikir,oh,comelnye mahkluk ciptaan ALLAH ni,kan?
memang,kucing memang comel!haha.tp,tak semua org yg anggap kucing ni comel.:( ade yang sggp seksa!na'uzubillahiminzalik.korang,kite harap korang yang bace ni bkn org mcm tu?takkan?ha. . .ni yang buat kite sayang korang ni.haha.so,alang2 dah ckp psl kucing,kite sentuh sket tentang salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sgt sukekan kucing sehingge dpt gelaran "Bapa Kucing"!sape die,sape lagi kalau bukan Abu Syams atau beliau lebih suka dikenali Abu Hurairah(bapa kucing)

Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.
Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membagi malamnya kepada tiga bagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Dia dan keluarganya tetap hidup sederhana walaupun setelah menjadi orang berada . Abu Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.
Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Mungkin disebabkan oleh itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi gabenor Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah, Umar r.a. memecatnya kerana Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan wang yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan, Abu Hurairah r.a. berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehinya dari berternak kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gabenor kembali, tapi Abu Hurairah r.a. menolak.
Penolakan itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mahu disebat; aku tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama baikku tercemar," katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.
Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Sesiapa berdusa terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka [Al-Bukhariy/ 1291], [Muslim/ 3], [Ibnu Hibban/ 31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659], [Ibnu Majah/ 30, 33, 36, 37], [Ad-Darimi/ 231, 232, 234, 235, 236, 238, 593], dan [Ahmad/ 585, 1078, 1416, 2670, 3791, 3804, 9086, 10350, 11011, 11531, 11700, 12291, 12353, 12687, 12777, 13549, 13558, 13568, 13843, 16071 16471,16978]
ha...ade lg satu kisah yg menarik,di mane beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat. . pada satu malam,beliau ternampak seseorang  yang terhendap2 utk mencuri lalu beliau pun menangkapnya.Abu Hurairah hendak membawanya berjumpa Rasulullah,tetapi, pencuri itu merayu agar dilepaskan kerana ia mencuri utk menyara keluarganya.Abu Hurairah pun lepaskan pencuri tersebut dan memberi amaran agar tidak megulang perbuatan itu lg.Keesokkan harinya,beliau pun melaporkan hal tersebut pada Rasulullah s.a.w. dan baginda hanya tersenyum dan bersabda pencuri itu akan kembali lagi.Keesokkan malamnya,pencuri tersebut dtg lg!Dan pencuri itu merayu lagi agar dilepaskan dan Abu Hurairah lepaskan ia.Hal itu dilaporkan lg pada Rasulullah s.a.w. pada keesokkannya dan baginda mengulangi sabdanya,bahawa pencuri itu pasti kembali lagi.Ternyata baginda benar,pencuri itu datang lg.Kali ini Abu Hurairah mengancam utk membawa ia berjumpa Rasulullah dan pencuri itu merayu lagi agar dilepaskan.Tp,Abu Hurairah tidak melepaskannya.pencuri itu menyatakan akn mengajar sesuatu yg baik seandainya dilepaskan.pencuri itu menyatakan seseorang tdk akn diganggu syaitan laknatullah seandainya BACA AYAT KURSI sebelum tidor.Abu Hurairah tersentuh dgn ajaran pencuri tersebut dan melepaskannya.Keesokkanya,Abu Hurairah melaporkan hal tersebut pd Rasulullah s.a.w. baginda mengatakan bahawa pencuriyang ditemuinya adalah pembohong besar,tetapi apa yang diajarkn pd Abu Hurairah adalh benar.tahu siape pencuri tersebut?ITULAH SYAITAN LAKNATULLAH.:D









syukran :)

No comments:

Post a Comment